Featured Post

LIHAT 10 IDEA GENIUS UNTUK DIY FOTOGRAFI GAMBAR RESEPI YANG TELAH ANDA HASILKAN

Inspirasi Design : Lihat 10 Idea Genius Untuk DIY Fotografi Gambar Resepi Yang Telah Anda Hasilkan! Selamat Tahun Baru 2016! Apakah azam...

Featured Post

Tuesday, January 26, 2016

6 PETUA YANG ANDA HARUS TAHU UNTUK KEMPISKAN PERUT BUNCIT SECARA TRADISIONAL


PETUA 1 (Asam Jawa)

Ambil sedikit asam jawa dan bancuh di dalam segelas air panas. Biarkan semalaman. Esok paginya, minum air bancuhan asam jawa tersebut. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.

PETUA 2 (Daun lidah buaya, asam jawa)

Ambil sedikit daun lidah buaya. Masukkan dalam sebuah periuk dan tambahkan dengan air asam jawa. Didihkan bahan-bahan tersebut dengan api kecil sehingga pekat. Kemudian tutup api dan biarkan ia menyejuk dengan sendiri. Setelah dirasakan suam sedikit, lumurkan ramuan tersebut pada perut.

PETUA 3 (Limau nipis, kapur sirih)

Sediakan limau nipis dan kapur sirih. Perah air limau ke dalam piring atau mangkuk, campur dengan kapur sirih dan gaul hingga sebati. Lumurkan ramuan tersebut ke perut dan balut perut dengan sehelai bengkung. Lakukan setiap malam sebelum anda masuk tidur.

PETUA 4 (Limau nipis, air)

Air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda.

Cara penyediaan: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda juga akan beransur turun.

PETUA 5 (Teh Cina, limau nipis)

Ambil (3) sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.

PETUA 6 (Teh hijau, Serbuk kayu manis, madu lebah)

Selepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu


Sumber : makinviral

VIDEO : Cara Menurunkan Berat Badan dengan Cepat dan Alami: Lakukan Cara Mudah ini...!


LELAKI ASKAR INI BAWA DUA BUDAK LELAKI YANG KELAPARAN MAKAN DI RESTORAN


Filipina mempunyai peningkatan jumlah kanak-kanak jalanan yang berkeliaran di jalan-jalan. Ada yang terlalu miskin untuk ke sekolah dan sebaliknya meminta wang dan makanan. Ada yang kehilangan tempat tinggal selepas di hantar keluar oleh ibu bapa mereka kerana tidak mampu menanggung mereka.

Ramai yang menyedari masalah ini tapi mungkin tak ramai yang ingin membantu. Tetapi, lelaki dari Tentera Udara Filipina ini memikirkan sebaliknya. Dia melihat dua kanak-kanak ini merayau berkeliaran di Jalan-jalan Gaisano Modal di bandar Lapu-lapu. Walaupun tidak membantu banyak, dia memberi kanak-kanak tersebut makan Jollibee setiap satu, Chicken Joy dan juga aiskrim sementara dia minum jus oren sambil menemani kanak-kanak tersebut makan.

Perbuatan baik lelaki ini diambil oleh orang yang makan di restoran sama yang menyedari ianya sesuatu yang patut dicontohi.

Sumber : makinviral

VIDEO : Amboi Ayda Jebat, bukan main dia menyakat orang melatah


PAKAIAN MEWAH ANAK KIM KARDASHIAN DI KECAM NETIZEN INSTAGRAM

Pakaian Mewah Anak Kim Kardashian Di Kecam Netizen Instagram


Foto anak perempuan Kim Kardashian, North West yang sedang bersiar-siar di taman permainan sekitar Los Angeles dikritik hebat peminat dan pengikut di Instagram.

Menerusi foto tersebut, North West tampil dengan kasut Converse, denim biru, topi putih serta jaket bulu mewah yang dianggarkan berharga sekitar RM15,000.

Foto dengan kapsyen ‘Swag’ itu menerima hampir 1,400,000 ‘Likes’ dan puluhan ribu komen oleh pengikutnya.

Walau bagaimanapun, rata-rata komen yang ditinggalkan peminat memberi pandangan negatif mahupun mengkritik pemakaian North West yang dianggap terlalu mahal dan mengancam masalah kepupusan haiwan.

“Harga pakaian North West mungkin lebih mahal daripada rumah saya,” jelas saya seorang pengikut Kim Kardashian.

“Jaket bulu tersebut kelihatan lebih cantik jika ianya ‘dipakai’ oleh haiwan, bukan manusia,” antara komen ‘pedas’ peminat.


Malah foto tersebut mendapat perhatian jurucakap organisasi PETA (People For The Ethical Treatment of Animals) yang menganggap kanak-kanak secara semulajadi mempunyai perasaan peka dan mudah simpati dengan derita yang dilalui haiwan.

Tindakan Kim K dilihat tidak menjadikan dia seorang ‘Role Model’ yang baik kepada anaknya kelak.

Sebelum ini bapa North, Kanye West turut dua kali menerima kritikan hebat selepas tampil dengan jaket bulu mewah sewaktu berada di kota Paris dan New York masing-masing pada tahun 2010 dan 2012.

Sumber: Surat Harian



LIHAT 10 IDEA GENIUS UNTUK DIY FOTOGRAFI GAMBAR RESEPI YANG TELAH ANDA HASILKAN

Inspirasi Design : Lihat 10 Idea Genius Untuk DIY Fotografi Gambar Resepi Yang Telah Anda Hasilkan!

Selamat Tahun Baru 2016!

Apakah azam anda pada tahun ini? Selain azam - azam yang popular seperti menurunkan berat badan, menguatkan semangat kerja dan macam - macam lagi, apakata anda tambahkan satu lagi azam yang menarik ini, iaitu DIY fotografi gambar - gambar resepi anda sendiri.

Bagi yang mempunyai banyak produk makanan yang dihasilkan untuk dijual, kadangkala dengan mengambil gambar yang cantik, ianya anda menjadi tarikan kepada pelanggan untuk mencuba. Maklumlah dalam dunia online ini, hanya gambar yang menjadi sesuatu yang utama untuk pelanggan memilih sesuatu produk itu.

Ditambah dengan produk anda yang sememangnya sedap dan berkualiti, pastinya ianya akan menjadi satu titik tolak permulaan untuk bisnes yang baik pada tahun yang mencabar 2016 ini.

Walaupun bukan kesemuanya ialah daripada setting untuk produk makanan, tapi idea penghasilan Light Box itu sangat berguna. Harapan kami agar idea yang dikongsikan ini membantu anda serba sedikit dalam menghasilkan gambar produk anda sendiri seperti seorang professional.

bloglovin.com }



designer-cakes.com }



fstoppers.com }



simpleispretty.com }



lynda.com }



quirkyoak.wordpress.com }





simplycooked.blogspot.my }



polkadotsandpaper.net }



beadinggem.com }



welke.nl }





HEBOH !! Manusia separa robot dari Bali !! Ianya bukan sekadar rekaan tangan robot hiasan, Ia benar-benar berfungsi

HEBOH !! Manusia separa robot dari Bali !! Ianya bukan sekadar rekaan tangan robot hiasan, Ia benar-benar berfungsi

I Wayan Sumardana atau nama panggilan Tawan mengelas tangan robotik di belah kirinya yang menggantikan tangan kirinya kerana lumpuh di bengkelnya, Desa Nyuhtebel, Karangasem, Bali pada 17 Januari 2016. Dia yang berkelulusan Sekolah Teknologi Menengah (STM) ini bekerja sendiri dengan bantuan tangan robotiknya untuk memenuhi keperluan hidup isteri dan manakala tiga orang anaknya bertugas mengumpul barang terpakai.

Bahagian mesin pada tangan robotik milik Tawan yang membantu di bengkel. Tawan membinanya sendiri tangan robotiknya dari barang terpakai seperti komputer, dinamo, dan beberapa bahagian lain dari motosikal.


Sila lihat gambar-gambar I Wayan Sumardana "Manusia Separa Robot" di bawah.

Tawan memperlihatkan chip dan papan litar di kepalanya bagi dia menggerakkan tangan robotiknya. Tangan robotiknya digerakkan melalui isyarat dari kepalanya yang dihubungkan dengan kabel dan litar elektronik.


Selain mengelas, kemahiran Tawan bermula dari memperbaiki perabot rumah tangga, barang elektronik hingga motosikal, dia sering dijuluki 'Manusia Separuh Robot' oleh warga sekitar



Bahagian siku dari tangan kiri Tawan digerakkan oleh gear yang saling berhubung untuk membantunya bergerak setiap saat. Berbekal kemahirannya dibidang elektronik, Tawan menyelesaikan tangan robotnya dalam tempoh dua bulan, namun ia mengaku masih ingin menyempurnakan ciptaannya agar lebih mudah menggerakkan jari tangan kirinya.


P/S - MV sangat kagum dengan kegigihan dan kemahiran yang ada pada beliau, diharap ada syarikat-syarikat besar di luar sana dapat membantu beliau untuk mendapatkan tangannya balik dan memberi peluang kepada dia untuk menghasilkan sesuatu yang lebih menakjubkan akan datang melalui kemahirannya. Ia tidak mustahil jika beliau boleh menjadi sehebat Bill Gates, Steve Job etc 6-7 tahun kemudian jika diberi peluang.

Terjemahan : makinviral

Sumber : drc7

Video : MIRA FILZAH - Lip Sync Challenge (HOTTV)




Powered by Blogger.